28 Sept 2015

Kenapa Sayang ?






Assalammualaikum w.b.t.

Tak percaya dengan Maha Esa ? TakdirNya ?

Baik kau duduk and fikir. Dah besarkan ? Dah boleh lawan mak abah kan ? Dah bajet boleh decide kat dunia sendiri ? 

Simple. how ? berfamily, berkawan, bercinta segalanya milikNya kehendakNya kerna takdir itu ditulis oleh Dia yang Satu. Itu pun takdir.

Mahupun indah atau perit tertulis pasti ada sebabnya hanya ada yang kita mengerti dan tidak kenapa. Kenapa disapa dengan dugaan ? kerna "rindukan rintihan ciptaanNya" bertapa indah jalinan yang terjalin. Tapi dunia sudah berpaling dan endahkan kasih sayang yang Pencipta cuba tunjukkan. Berlagak dengan dunianya, mungkin dia lupa siapa yang berikan "dunianya". Letak cungkil gigi kat mata tu biar luas pemandangan & pemikiran.

Kenapa bongkak ? Riak ?

 Tanpa TAKDIR kau dan aku bukan siapa-siapa. Baik Adam mahupun Hawa kita alpa dengan boneka dunia, memang benar "Hawa diciptakan untuk Adam begitu juga Adam terhadap Hawa" tapi "perasaan" yang diagungkan itu yang bakal dilanda bencana. Tidak pernah ada dimana-mana penjuru dunia mahupun tengahnya yang katakan HARAM JATUH CINTA tapi dengan melupakan peraturan dan langkahnya itu yang sebenarnya "bahana cinta" dan jangan dipersoalkan kenapa Pencipta murka dengan kita.

Basahkan lah lidahmu dengan namaNya, sampaikanlah rindumu padaNya, Semudah dan Seindah Lailahaillallah.

“Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

Fadhilat dia jangan sembang babe, memang banyak. Hanya dengan Lailahaillallah.

Bercintalah melaluiNya demi keberkatanNya kerna yang kita mahu juga hambaNya :)

Jazakallahu khairun kasira sayang.

No comments: