20 Sept 2015

Assalammualaikum w.b.t





Assalammualaikum w.b.t.

Sahabat & Member

apa bezanya ? Tiada ?

Ada sayang. mereka yang disitu mereka yang menyokong mereka yang ada dalam apa situasi, 
pasti ada kan yang sebegitu. Mereka ialah sahabat. Sahabat tak pernah iri hati tapi doakan kita itu pasti. Sebenarnya kita tak pernah minta simpati tapi dari jauh mereka mengerti. Kekalkan ukhwah sayang walau sahabat, member mahupun musuh jangan gigit jari kalau musuh itu sendiri yang akan tolong kita nanti. Bersihkan hati pasti redha dunia & akhirat menanti. Yang pasti siapa pun bisa jadi sahabat dunia mahupun manusia yang dilable "musuh". Sebab apa nama dia musuh atau manusia yang kita tak suka ? Fahamkan diri, redhakan, ikhlaskan hati. Manusia tiada yang tercipta sempurna mahu zahir atau batinnya. Semua punya sejarah hitam dunia. 

Berdiri dan lihat lah dunia kerna kita terlampau sibuk berkata-kata hingga lupa lihat dan nikmati kenyataan dunia. Kita sibuk hakimi kehidupan manusia sedangkan mereka lebih bahagia dari kita yang terus hakimi dunia. Setiap ciptaan ini punya cerita sendiri yang kita sendiri tak mengerti jadi jangan pernah keluarkan kata yang anda mengerti ceritanya. sit back and reflect yourself :)

Sayang, hargai semampu boleh bukan hanya sahabat. Siapa sahaja. Bertudungkah dia, berbeza agamakah dia, bakhilkah dia, senantiasa menghakimi hidup kita, pastikan semuanya kita redha, ikhlas dan doakan mereka senantiasa. 

Semoga kita dibawah lindungan-Nya sayang. Tidaklah sempurna cuma sampaikan akal yang dikurniakan-Nya.  

Jazakallahu khairun kasira :) 

No comments: